Keratan Akhbar

KES INSIDEN PERGADUHAN: 7 SUDAH DIAMBIL RAKAMAN PERCAKAPAN

Seramai tujuh orang saksi sudah diambil rakaman percakapan oleh polis Kedah dalam usaha menyelesaikan kes pergaduhan di jalan raya membabitkan Timbalan Speaker Kedah baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, pihak polis bertindak segera sebaik sahaja pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan keterangan turut diambil dari dua saksi bebas yang berada di lokasi menyaksikan insiden tersebut.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dengan turut mengadakan kawad cam terhadap tiga individu dalam usaha untuk mengenal pasti punca kejadian sebelum merujuk kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS