Keratan Akhbar

NETIZEN PUJI SIKAP BERPERIKEMANUSIAAN ANGGOTA POLIS

Masyarakat khususnya warga netizen memuji sikap berperikemanusiaan seorang anggota polis dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Koperal Mohd Ropi Mat Ali, 47 tahun yang gambarnya membantu menumpangkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) viral dalam media sosial baru-baru ini.

Koperal Mohd Ropi yang sempat ditemubual berkata, beliau terserempak dengan dengan pemuda OKU terbabit ketika sedang membuat rondaan di Jalan Tun Mohd Fuad 1 bersama-sama rakan setugas pada jam 8.00 malam.

Kerana risau melihat pemuda OKU terbabit berjalan seorang diri di jalan raya yang sibuk dan banyak kenderaan, beliau menwarkan untuk membantu menghantar pemuda terbabit ke lokasi perhentian bas yang lebih selamat dan mudah.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS