Keratan Akhbar

OP SELAMAT BERMULA HARI INI


Kuala Selangor, 28 Jun - Op Selamat 9/2016 yang bermula esok (29 Jun) akan menggunakan dua pendekatan utama iaitu tindakan penguatkuasaan dan perkhidmatan dalam usaha untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan serta jenayah pecah rumah sempena Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara langkah utama yang diambil dalam Op Selamat yang akan berlangsung sehingga 13 Julai itu termasuklah mewujudkan unit subtek di semua zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur.

Katanya, tumpuan lokasi unit subtek pula akan diwujudkan di kawasan 'black spot' bagi mengurangkan kadar kemalangan maut dan melancarkan aliran trafik.

"Subtek akan dijadikan seba-gai pusat kawalan dan berfungsi untuk menyediakan laporan, statistik, carta, mak-lumat terkini aliran trafik dan menjadi koordinasi antara bilik gerakan trafik Bukit Aman dan Pusat Kawalan Malaysia (MCC).

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS