Keratan Akhbar

SERLAH KERJASAMA ERAT POLIS, MEDIA


Johor Bahru: Penyerahan Kotak Rezeki menerusi program
‪#‎HMKotakRezeki‬ 2016 di sekitar daerah ini diteruskan lagi dengan memilih Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sebagai lokasi penyerahan seterusnya.

Sebanyak 50 Kotak Rezeki mengandungi pek makanan diserahkan wartawan Harian Metro (HM), Izlalily Nurul Ain kepada Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintan Jokhiri Abd Aziz.

"Terima kasih atas sumbangan diberikan dan berkongsi rezeki dengan pegawai serta anggota polis yang bertugas ketika waktu berbuka puasa.

“Ini menunjukkan Harian Metro menghargai jasa polis yang menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai tanpa mengira waktu dan tempat.

"la menunjukkan kerjasama erat media, khususnya HM dan polis," katanya ketika penyerahan Kotak Rezeki di IPD Seri Alam, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS