Keratan Akhbar

KEJADIAN SIMBAH MINYAK DI LPT TIDAK BENAR


Temerloh, 28 Jun - Tiada kejadian simbah minyak yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak baru-baru ini seperti yang diviralkan oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya.
 
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata, gambar yang diviralkan berkenaan adalah sama dengan gambar yang diviralkan pada tahun lalu dan tidak ada kaitan dengan kejadian simbah minyak.
 
"Pihak polis telah melakukan siasatan dan mendapati itu adalah gambar lama dan tidak ada kes terbaharu seperti itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS