Keratan Akhbar

SINDIKET CURI MOTOSIKAL TUMPAS


Kuala Kubu Bharu: Sindiket curi motosikal yang aktif di Hulu Selangor serta beberapa kawasan lain berjaya ditumpaskan dalam operasi yang dijalankan polis, baru-baru ini.
 
Op Lejang Khas itu tertumpu di tiga lokasi iaitu di Lembah Beringin, Serendah dan Rasa.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, dalam operasi yang dijalankan dari 15 Mei hingga 25 Jun lalu, 30 motosikal dirampas.
 
"Dengan kejayaan ini polis percaya dapat menyelesaikan 17 kes berkaitan di kawasan Hulu Selangor, dua di Kuala Selangor dan masing-masing satu di Ampang; Sentul dan Dang Wangi, Kuala Lumpur serta Kangar, Perlis," katanya.
 
Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS