Keratan Akhbar

POLIS BURU PEMANDU TEKSI SAMUN WANITA DI SUBANG JAYA

Polis memburu seorang pemandu teksi berusia 40-an yang dipercayai menyamun seorang wanita yang menggunakan khidmat teksinya di jalan belakang Subang Parade, Subang Jaya.

Dalam kejadian pukui 8.45 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun menaiki teksi Proton Wira yang dipandu suspek untuk ke tempat kerjanya di Empire Shopping Gallery, SS16.

Ketua Polis Daerah Subang, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek tiba-tiba memberhentikan teksi di tempat kejadian sebelum mengeluarkan sebilah pisau lipat dan mengacukan senjata itu di bahagian telinga kanan mangsa sebelum mangsa yang meronta-ronta menjerit ketakutan dicederakan dengan pisau terbabit.

Mangsa yang tidak dapat mengecam nombor pendaftaran teksi berkenaan namun pihak polis sedang berusaha untuk mengesan dan menahan suspek secepat mungkin.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS