Keratan Akhbar

POLIS GIAT BURU SUSPEK DAISH BERKAITAN INSIDEN DI PUCHONG

Beberapa lagi suspek dipercayai ada kaitan dengan gerakan militan Daish yang meletupkan bom tangan ke sebuah pub di Puchong, Selangor, 28 Jun lalu, berjaya diberkas polls.

Suspek terbaru ditahan itu disyaki ada kaitan dengan misi 'jahat' untuk mencetuskan hura hara di negara ini selain mempunyai pertalian dengan pemimpin Daish di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan tangkapan itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar suspek yang diberkas.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS