Keratan Akhbar

WARGA NIGERIA DISENARAI MERAH


Pelancong asing warga Nigeria diletakkan dalam senarai merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dikesan paling kerap menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Seramai 101 warga Nigeria diberkas polis ketika cuba menyeludup masuk dadah jenis syabu dan jumlah itu adalah melebihi 60 peratus daripada keseluruhan 166 warga asing yang ditahan kerana menyeludup masuk pelbagai jenis dadah di seluruh negara sejak Januari hingga 23 Julai lalu.

Sumber : Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS