Keratan Akhbar

POLIS 'BERI' PENGAJARAN KEPADA MAT REMPIT, TOLAK MOTOSIKAL KE IPD

Lebih 300 penunggang motosikal terpaksa bermandi peluh apabila diarahkan menolak kenderaan masing-masing sejauh satu kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Banda Hilir selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Kubu di sini kelmarin.

Operasi pada pukul 7.30 malam itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan pelesit rempit pada setiap hujung minggu.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisoner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, sebanyak 334 individu telah diperiksa dalam operasi itu dan sebanyak 162 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Mereka diarah menolak motosikal masing-masing dari lokasi sekatan untuk pemeriksaan lanjut di IPD.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS