Keratan Akhbar

POLIS BUAT 46 SERBUAN, TAHAN 72 KAKI JUDI DI SARAWAK

Seramai 72 kaki judi termasuk sembilan warga asing ditahan menerusi 46 serbuan di beberapa premis perjudian haram di negeri ini sejak 22 Ogos hingga kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 70 tahun.

Menurut beliau, pihaknya terkilan kerana terdapat golongan remaja dan warga emas yang seolah-olah tidak gentar dengan pihak berkuasa apabila melibatkan diri dengan kegiatan haram itu.

Polis Sarawak akan terus meningkatkan operasi membanteras judi di negeri itu dari semasa ke semasa.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS