Keratan Akhbar

POLIS SELAMATKAN MAHASISWA DARI DILACUR DUA LELAKI

Tindakan pantas polis menyiasat satu sindiket persundalan dapat menyelamatkan tiga mahasiswa universiti daripada dilacurkan oleh dua lelaki menerusi aplikasi WeChat dalam serbuan di sebuah resort di Jalan Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, operasi pada pukul 10.45 malam itu dilakukan sebaik polis mendapat maklumat mengenai kegiatan tersebut dan berjaya menyelamatkan pelajar berusia antara 18 hingga 20 tahun terbabit.

Selain tiga pelajar itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 24 dan 26 tahun disyaki penjaga kepada ketiga-tiga mangsa.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS