Keratan Akhbar

POLIS TAHAN EMPAT PELAJAR KES PUKUL RAKAN SAMPAI PARAH

Polis Kedah telah menahan empat orang pelajar yang terlibat dalam kes memukul rakan sekolah sehingga mengalami pendarahan di dalam kepala, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa, kesemua pelajar terbabit yang juga rakan sekelas mangsa berusia 15 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan sengaja kepada mangsa Muhammad Anas Amir.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS