Keratan Akhbar

BUKAN CUBAAN CULIK TAPI CUBAAN SAMUN

Ipoh: Polis menafikan kejadian cubaan culik berlaku di Taman Perpaduan, di sini, pada Isnin lalu seperti diviralkan di beberapa Iaman soslal Facebook sebaliknya satu cubaan menyamun. 

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima laporan pada hari kejadian daripada soerang lelaki berusia 33 tahun menyatakan seorang lelaki bersenjatakan pisau memasuki rumahnya. 

Menurutnya, suspek terbabit dipcrcayai memasuki rumah lelaki itu ketika anak perempuannya berada di hadapan rumah menyebabkan mangsa cuba mempertahankan diri sebelum suspek cuba melawannya. 

Katanya, mangsa yang bimbang diapa-apakan keluar dari rumah dan mencapai sebatang kayu menyebabkan suspek melarikan diri. 

Berdasarkan maklumat diperoleh dan risikan, polis berjaya menahan suspek semalam (kelmarin) dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun dan bukannya culik seperti diviralkan.

Sumber- Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS