Keratan Akhbar

PDRM SEDIA BERI KERJASAMA BANTU KES PELAJAR MALAYSIA HILANG

Polis Diraja Malaysia (PRDM) sedia memberikan kerjasama kepada polis Perancis bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang pelajar Malaysia, Nurshakinah Nami sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyalurkan apa sahaja maklumat berkaitan pelajar jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Institut Teknologi (IUT) di Rouen, Perancis itu.

"Kita sedia memberi apa juga maklumat yang diperlukan termasuk mengkaji latar belakang dan tempat kemungkinan mangsa pergi. Kita akan salurkan maklumat ini kepada polis Perancis" katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS