Keratan Akhbar

POLIS TAHAN DUA LELAKI BERSAMA SYABU BERNILAI RM1.2 JUTA

Taktik pasangan adik dan abang ipar menggunakan bungkusan plastik biskut dan minuman '3-in-1' sebagai modus operandi pengedaran dadah tidak menjadi apabila ditahan bcrsama lapan kilogram (kg) syabu bernilai RM1.2 juta di pesisir pantai Kukup dekat Pontian, petang kelmarin.

Ketua Polis Johor Daluk Wan Ahmad Najmudin Mohd berkata. aktiviti didalangi warga tempatan berusia 23 tahun bersama abang iparnya bcrusia 35 tahun dari Batam, Indonesia itu dikesan empat anggotanya ketika melaksanakan rondaan dalam Op Gelora pada jam 4.15 petang.

Hasil siasatan polis terhadap suspek dan bot mereka menemui syabu yang diletakkan secara terhuka di atas bot dinaiki pasangan adik dan abang ipar itu dengan dadah dibungkus dalam surat khabar dan plastik pembungkusan makanan.

Berikutan itu katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS