Keratan Akhbar

POLIS TUMPASKAN SINDIKET PELACURAN WECHATT DI KELANTAN

Satu sindiket pelacuran yang menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat tumpas selepas lima ahlinya termasuk dua bapa ayam ditahan dalam tiga serbuan di Jalan Seri Cemerlang di Kota Bharu kelmarin.

Dalam serbuan serentak di tiga buah premis hotel kira-kira pukul 12 tengah malam itu, seorang pelanggan berusia 22 tahun turut ditahan ketika sedang melanggan seorang pelacur warga Thailand.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, ASP Nik Rosdi Nik Yahya berkata, sindiket yang dipercayai baru beroperasi seminggu lalu itu menggenakan caj antara RM180 hingga RM280 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan.

Modus operandi sindiket itu, setiap pelanggan perlu menghantar gambar mereka menerusi aplikasi WeChat untuk dikenal pasti sebelum mengesahkan perkhidmatan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS