Keratan Akhbar

SINDIKET CUKAI JALAN PALSU: POLIS TAHAN 9 LELAKI

Sembilan lelaki termasuk seorang bekas pensyarah ditahan selepas dipercayai terlibat sindiket penjualan cukai jalan dan geran kenderaan palsu, di negeri Melaka.

Kesemua lelaki berusia 20 hingga 50 tahun merupakan ahli Kumpulan Jambu ditangkap selepas salah seorang daripadanya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Perdana, Alor Gajah pada 3 September lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, lelaki berkenaan ditahan di dalam sebuah rumah banglo dua tingkat bersama sembilan geran kereta disyaki palsu yang kemudian membawa kepada penahanan lapan lelaki lain.

Siasatan lanjut polis mendapati lelaki berusia 28 tahun itu juga berkemampuan membuat cukai jalan kenderaan palsu yang dijual dengan harga RM200 sekeping dan susulan siasatan polis dapati antara geran dan cukai jalan berkenaan membabitkan dua buah kereta klon.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS