Keratan Akhbar

SUSPEK BUANG JANIN BAYI DALAM TANDAS HOSPITAL DIBURU

Polis Kelantan sedang memburu suspek yang membuang janin bayi lelaki dalam mangkuk tandas di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad, janin bayi yang dijumpai yang dianggarkan berusia 6 bulan itu sempurna sifatnya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil siasatan polis mendapati janin bayi malang itu dijumpai 48 jam setelah ia dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan oleh suspek.

Pihak polis akan menyiasat dari segala sudut untuk mengesan suspek dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS