Keratan Akhbar

SUSPEK KES BUNUH DIBURU POLIS

Polis Terengganu kini masih memburu Mohd Hafiz Mohamad, 29 tahun yang merupakan suspek kes bunuh bakal abang iparnya Allahyarham Mohd Shukri Husin, 34 di tempat parkir kereta Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Berhubung kejadian kes bunuh akibat cinta itu, pihak polis memaklumkan siasatan mendapati mangsa telah ditikam sebanyak enam kali oleh suspek dengan dua daripadanya di bahagian dada dan leher mangsa.

Pihak polis juga tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa suspek sudah bersedia melakukan jenayah berdasarkan penemuan kertas pembalut pisau di lokasi kejadian.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS