Keratan Akhbar

POLIS TUMPAS GENG PECAH RUMAH

Polis percaya dapat menyelesaikan 23 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM50,000 di daerah ini dan Lembah Klang dengan tertangkapnya tiga lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki rakyat tempatan sejak dua minggu lalu.

Keempat-empat suspek yang berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan masing-masing di sebuah rumah di Taman Sikamat, Seremban dan Ampang, Selangor antara 11 Oktober hingga 18 Oktober lalu.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis merampas barangan kemas, wang tunai berjumlah RM1,500, 50 utas jam tangan pelbagai jenama serta barangan elektronik seperti komputer riba dan telefon pintar bernilai RM50,000.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS