Keratan Akhbar

POLIS SELAMATKAN ENAM WARGA MYANMAR YANG DIKURUNG RAKAN SENEGARA

Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berjaya menyelamatkan enam warga Myanmar termasuk seorang wanita yang dikurung dalam sebuah rumah flat tingkat 11 dekat Bandar Perai Jaya, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, kesemua mangsa yang berusia antara 15 sehingga 41 tahun itu ditemui susulan daripada penangkapan dua lelaki yang juga warga Myanmar di hadapan sebuah lif flat yang sama pada tengahari hari kejadian.

Hasil semakan pihak polis mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dijanjikan tawaran kerja di negara ini tetapi suspek yang ditahan mempunyai Kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS