Keratan Akhbar

POLIS CEKUP LELAKI CURI BAHAN BINAAN PROJEL PR1MA

Seorang lelaki dicekup ketika sedang mencuri sebahagian bahan binaan digunakan untuk pembinaan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di Matang Gerdu, di Bagan Serai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, SUPT. Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian jam 7.40 malam itu, pengadu yang juga penyelia tapak projek dimaklumkan mengenai kelibat sekumpulan lelaki sedang memuatkan kayu digunakan untuk pembinaan projek ke dalam sebuah pacuan empat roda.

Menurutnya, pengadu bersama beberapa pekerjanya pergi ke lokasi kejadian dan mendapati tiga lelaki tidak dikenali cuba mencuri kayu projek perumahan itu.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS