Keratan Akhbar

4,550 KILOGRAM MINYAK MASAK SELUDUP DIRAMPAS POLIS MARIN

Sebanyak 4,550 kilogram minyak masak berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga dalam serbuan yang dijalankan di pangkalan haram Haji Lias, Simpangan, Tumpat.

Kesemua rampasan minyak masak dianggarkan bernilai RM18,000 dan diseludup ke negara jiran.

Turut ditahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang sedang memandu lori mengandungi kotak berisi minyak masak ke dalam stor penyimpanan sebelum diseludup ke negara jiran.

Sumber: Kosmo
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS