Keratan Akhbar

CEKUP ‘AYAM TUA’


Sekumpulan pelacur tua dikesan berpeleseran menjual tubuh semurah RM30 bermula jam 10 malam hingga waktu subuh. Mereka berpakaian seksi dan menjadikan kawasan sekitar kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Tun Razak, Maluri, Kuala Lumpur sebagai lokasi mencari pelanggan.

Kegiatan maksiat itu akhirnya terbongkar apabila lima pelacur dicekup oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Kuala Lumpur dalam Op Noda yang dijalankan jam 3.45 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS