Keratan Akhbar

CETAK WANG PALSU BELI TELEFON


Dua lelaki warga tempatan dicekup polis di sebuah rumah di Bayu Perdana, Klang pada Ahad lalu berikutan kegiatan mencetak wang palsu semata-mata untuk membeli telefon bimbit yang diiklankan menerusi satu laman sesawang.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan polis bersama seorang wanita warga Thailand berusia 26 tahun dipercayai teman wanita salah seorang suspek berkenaan.

Hasil serbuan polis menemui 106 wang tunai RM100 palsu, dua mesin cetak, sembilan telefon bimbit dan sebuah komputer riba.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS