Keratan Akhbar

KES RODOK PERUT MANGSA GUNA BULUH DIIKAT PARANG: POLIS BERJAYA TAHAN EMPAT SUSPEK

Polis berjaya memberkas empat suspek termasuk dalang kes pembunuhan seorang warga Indonesia di Shah Alam baru-baru ini akibat cemburu mengganggu isteri orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, SUPT. Abd. Aziz Awang Darus, pihaknya berjaya memberkas kesemua suspek itu menerusi tiga operasi yang dijalankan di beberapa buah daerah dalam negeri Selangor.

Beliau turut mengesahkan pihaknya berjaya merampas beberapa barang kes yang digunakan dalam kejadian maut itu serta kesemua suspek kini direman selama lapan hari bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS