Keratan Akhbar

POLIS TAHAN ANAK DISYAKI ROMPAK DAN BUNUH IBU SENDIRI

Kes rompak dan bunuh seorang wanita warga emas yang mayatnya ditemui dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat kain di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai pada Isnin lalu memasuki episod baharu apabila anak tunggal wanita itu ditahan malam kelmarin.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12.03 tengah malam di rumah arwah ibunya, Allahyarham Rohani Musa, 60, ketika dia mahu tidur.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata, polis menahan lelaki itu untuk membantu siasatan kerana mendapati keterangannya mengenai kes tersebut sebelum ini meragukan selain bercanggah dengan penemuan mayat ibunya di ruang tamu rumah berkenaan.

Beliau berkata, lelaki itu ya masih bujang dan menganggur didapati menghilangkan diri beberapa jam selepas jenazah ibunya dikebumikan pada Isnin lalu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS