Keratan Akhbar

TASKA DIARAH HENTI OPERASI KERANA BELUM DAPAT KELULUSAN


Taska yang dikaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor telah diarahkan berhenti operasi mulai hari ini. Arahan itu dikeluarkan kerana taska berkenaan belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk beroperasi.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan empat wanita yang bertindak mengikat mulut, tangan dan kaki kanak-kanak bertujuan untuk menghadkan pergerakan mereka yang terlalu aktif.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS