Keratan Akhbar

TRAGEDI KUMPULAN REMAJA BERBASIKAL: POLIS NASIHATKAN JADIKANNYA SEBAGAI PENGAJARAN

Polis Johor berharap, tragedi mengorbankan lapan remja berbasikal di bandar raya ini, awal pagi kelmarin, menjadi pengajaran kepada kumpulan lain yang masih membabitkan diri dengan aktiviti berbahaya itu.

Ketua Polis Johor, Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata sebelum ini, kumpulan remaja berbasikal yang sering berkumpul di sekitar bandar raya ini, sudah berulang kali diberi amaran dan nasihat oleh polis.

"Bukan tidak pernah diberikan amaran, tetapi ada yang tidak mengendahkannya. Sudah banyak kali diberi amaran dan nasihat, malah mereka juga akan melarikan diri apabila menyedari polis menghampiri lokasi (tempat berkumpul). 

"Selama ini, polis banyak menggunakan pendekatan lembut, pencegahan dan nasihat serta kempen kerana menyedari mereka terdiri daripada remaja dan di bawah umur," katanya.

Selanjutnya menerusi artikel Berita Harian di bawah.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS