Keratan Akhbar

13 ANGGOTA KONGSI GELAP DITAHAN


Polis Kedah berjaya menahan 13 lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap yang bergiat aktif di dalam kegiatan pemerasan dan ugutan di Kuala Muda, Langkawi dan Kulim.

Kesemua mereka berumur antara 30 hingga 50-an ditahan menerasi Op Cantas Khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah pada 20 hingga 21 Februari lalu. Tangkapan terdiri daripada Geng 04 di Kuala Muda, Geng 36 di Langkawi dan Geng 08 di Kulim.

Polis juga masih mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan di bawah jenayah kekerasan dan harta benda. Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi Inspektor Faizul Izuan Harun di talian 04-7741541.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS