Keratan Akhbar

18 MANGSA PEMERDANGAN MANUSIA TERMASUK LIMA KANAK-KANAK DISELAMATKAN POLIS



Seramai 18 individu warga India termasuk lima kanak-kanak dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia diselamatkan oleh pihak polis dalam sebuah operasi yang dijalankan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak.

Mangsa terdiri daripada 11 dewasa termasuk enam wanita berusia lingkungan 27 hingga 64 tahun, dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun dan lima kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun.

Polis turut menahan sepasang suami isteri yang berusia 44 dan 27 tahun dipercayai merupakan dalang utama sindiket berkenaan.

Sumber: Malaysia Nanban

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS