Keratan Akhbar

TIGA ANGGOTA GENG 08, 24 DITAHAN POLIS


Tiga ahli kumpulan kongsi gelap adalah antara 18 individu yang ditahan dalam operasi bersepadu diketuai sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam.

Operasi selama lima jam itu dilakukan di dua buah hotel bajet sekitar Taman Sentosa serta dua pusat hiburan di Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Parklands, Klang.

Ketiga-tiga lelaki tempatan itu merupakan ahli kongsi gelap Geng 08 dan Geng 24 ditahan selepas polis menemui tatu pada badan mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS