Keratan Akhbar

DUA DIBERKAS KETIKA LEKA JUAL LOTERI HARAM


Dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita ditangkap selepas terbabit dalam penjualan loteri haram di dua lokasi berbeza di Kuching, Sarawak, petang kelmarin.

Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun di kaki lima sebuah premis di Jalan Rock, Kuching ketika dia sedang sibuk mengatur nombor pertaruhan pelanggan. Tangkapan kedua pula melibatkan seorang wanita berusia 28 tahun di sebuah premis di Jalan Tun Jugah.

Kedua-dua suspek dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak tahun ini tetapi kedua-duanya tidak mempunyai kaitan dalam kegiatan tersebut.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS