Keratan Akhbar

JANGAN CABAR POLIS JALANKAN TUGAS


Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencabar kewibawaan anggota keselamatan tersebut ketika menjalankan tugas.

Polis Ipoh akan bekerja keras dan menggembleng tenaga memburu suspek terbabit dalam insiden khianat melibatkan anggotanya. Polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang terlibat dan akan mengambil tindakan tegas untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.

Ini adalah susuIan kejadian pondok pengawal Balai Polis Tanjung Rambutan yang dipecahkan dan rumah anggota polis berpangkat koperal yang dibaling molotov cocktail baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS