Keratan Akhbar

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ADIK NHAVEEN, KERTAS SIASATAN AKAN DIBUKA DI BAWAH SEKSYEN 302 KK

Mangsa kes buli dan liwat di Pulau Pinang, adik T. Nhaveen, 18 tahun telah meninggal dunia semalam selepas enam hari bertarung nyawa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Othman, adik Nhaveen telah mengembuskan nafas terakhirnya pada jam 6 petang semalam dan pihak hospital telah pun menjalankan bedah siasat.

Pihak polis kini akan merujuk semula kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan kes akan diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Untuk bacaan lanjut sila klik pautan keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS