Keratan Akhbar

SINDIKET PELACURAN: POLIS TAHAN 12 BAPA AYAM, SELAMATKAN 22 WANITA DIPAKSA JADI GRO

Unit Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D7C di bawah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM berjaya menumpaskan sindiket pelacuran besar di sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Dalam operasi tersebut, seramai 12 orang lelaki ditahan yang mana ada di antara mereka merupakan warganegara Thailand dan Singapura.

Pihak polis turut berjaya menyelamatkan 22 wanita warga Thailand yang telah diapaksa untuk menjadi pelayan pelanggan atau GRO serta mangsa eksploitasi seks di pulau tersebut.

Berita lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS