Keratan Akhbar

AMARAN KETUA POLIS NEGARA KEPADA KONGSI GELAP: JANGAN CABAR PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang membanteras kegiatan kongsi gelap habis-habisan di negara ini berikutan tindakan segelintir ahli pertubuhan haram yang dilihat berani mencabar pasukan keselamatan itu.

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut menjelaskan, pihaknya tidak akan tunduk dengan sebarang provokasi anggota kongsi gelap hanya kerana mereka tertekandengan Op Cantas Khas yang kini digerakkan secara besar-besaran.

Sambil mengulangi amaran beliau sebelum ini, Khalid mengingatkan, perbuatan mencabar PDRM itu hanya akan mengakibatkan mereka lebih cepat diseret ke muka pengadilan.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS