Keratan Akhbar

21 JALAN TUTUP DI KL SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN PETUTUPAN SUKAN SEA

21 JALAN TUTUP DI KL SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN PETUTUPAN SUKAN SEA

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2017 - Dua puluh satu laluan sekitar ibu negara akan ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan penutupan Sukan SEA KL2017 bermula esok (Sabtu, 16 Ogos) hingga 31 Ogos ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata semua laluan itu akan ditutup bermula 6 pagi hingga 1 tengah hari.

"Laluan ditutup adalah Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Lebuhraya Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (susur Muzium Negara), Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara), Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin (Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari dan Lebuh Pasar Besar

"Lokasi lain membabitkan Lebuh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Kuching/Bulatan Dato’ Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato’ Onn, Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Parlimen/Bulatan Dato’ Onn, Bulatan Dato’ Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor), Jalan Munsyi Abdullah/Jalan Dang Wangi dan Lebuh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Amar Singh berkata, selain itu dua laluan di Bukit Jalil akan ditutup sempena penutupan Sukan SEA KL2017.

"Laluan di Jalan Merah Cagar dan Jalan Putra akan ditutup bermula 6 pagi. Akan dibuka semula sehingga selesai acara di KL Sport City.

"Orang ramai yang ingin ke KL Sport City dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan," katanya.

Katanya, hanya kenderaan petugas yang memiliki pelekat kenderaan dibenarkan masuk ke kawasan Dataran Merdeka dengan melalui Bulatan Dato Onn-Jalan Gereja

"Orang ramai diminta mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan polis bertugas,” katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/257481/21-laluan-di-kl-ditutup
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS