Keratan Akhbar

POLIS BURU SUSPEK KES CEDERAKAN WANITA

POLIS BURU SUSPEK KES CEDERAKAN WANITA

Kuala Lumpur, 28 September 2017 - Polis sedang mengesan lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes mencederakan wanita berusia 20-an selain turut mengaku sebagai kerabat diraja Kelantan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, lelaki yang juga penganggur itu diburu selepas mengamuk di kelab malam kerana pelayan wanita di situ tidak membenarkannya memasuki premis berkenaan.

"Suspek mengamuk sebelum membaling botol arak ke lantai premis berkenaan. Susulan kejadian itu,serpihan kaca botol arak berkenaan terkena muka mangsa menyebabkan wanita itu cedera.

"Polis sedang mengesan Muhammad Nazula Mat Nazir bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi, Inspektor Praveen Kumar Subramaniam ditalian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267701/nak-lari-mana-boh
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS