Keratan Akhbar

DATUK SERI DIREMAN EMPAT HARI

DATUK SERI DIREMAN EMPAT HARI

Lelaki bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika mereka bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu, direman empat hari bermula hari ini hingga 3 November.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuksiasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Terdahulu, lelaki yang memakai kemeja-T putih itu tiba di Mahkamah Ampang pada jam 9.30 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi untuk prosiding reman.

Prosiding itu mengambil masa lebih sejam sebelum lelaki itu dibawa keluar pada jam 12 tengah hari.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/278895/datuk-seri-direman-empat-hari-metrotv
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS