Keratan Akhbar

POLIS TAHAN 200 INDIVIDU JUAL LOTERI HARAM DI TEMPAT AWAM

POLIS TAHAN 200 INDIVIDU JUAL LOTERI HARAM DI TEMPAT AWAM

SEREMBAN, 31 Okt (Bernama) -- Polis Negeri Sembilan menahan 200 individu kerana menjalankan kegiatan menjual nombor ekor dan loteri haram di tempat awam seperti stesen bas dan kedai kopi bagi tempoh tiga bulan sejak Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Nor Azman Muhammad Yusof berkata Seremban merekodkan tangkapan tertinggi sebanyak 50 diikuti Kuala Pilah sebanyak 36 dan Nilai sebanyak 26 dengan rampasan berjumlah RM28,400.

Aktiviti perjudian loteri dan nombor ekor haram di tempat awam itu dilihat semakin agresif selepas kejayaan polis membanteras aktiviti perjudian di pusat hiburan keluarga, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur 20 hingga 78 tahun.

“Hasil siasatan mendapati warga emas yang terlibat melakukan kegiatan itu di kampung-kampung dan dibayar komisen,” katanya.

-- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS