Keratan Akhbar

TEMBAK SUAMI KEKASIH TERIKUT CERITA NOVEL TITIAN CINTA



ROMPIN -Angkara terlalu taksub dengan plot novel Titian Cinta yang didakwa menyamai kisah hidupnya, seorang lelaki bertindak menembak mati suami kekasihnya menggunakan senapang patah buatan sendiri di Felda Keratong Dua di sini pada 24 Oktober lalu. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, difahamkan suspek, seorang pembantu kedai makan, bertindak menembak mangsa berusia 32 tahun yang merupakan pekerja sebuah kedai cuci kereta dari jarak lima meter ekoran ingin membuktikan cintanya kepada isteri mangsa. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dan isteri, kedua-duanya warga Indonesia dipercayai telah berkahwin sejak dua tahun lalu, namun sedang mengalami keretakan rumah tangga. 

"Difahamkan suspek lelaki warga tempatan bekerja di kedai yang sama dengan isteri mangsa dan menjalinkan hubungan sulit. 

Ikuti bacaan lanjut melalui artikel yang diterbitkan oleh akhbar Kosmo seperti berikut..
 
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS