Keratan Akhbar

HATI-HATI PENGGUNA JALAN KERUAK-KPD BESUT

HATI-HATI PENGGUNA JALAN KERUAK-KPD BESUT

HULU BESUT - Pengguna jalan raya diminta berhati- hati ketika melalui jalan Keruak ke Jertih kerana terdapat mendapan tanah di jalan raya dekat Bukit Naga dekat Kampung La hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mendapan tersebut berlaku di laluan sebelah kiri dari arah Keruak ke arah Jertih.

Menurutnya, ia menyebabkan terbentuk satu lubang dalam dan hampir memenuhi satu lorong jalan raya tersebut.

“Bagaimanapun setakat ini laluan masih dibuka sebelah jalan tetapi hanya untuk kenderaan ringan sahaja.

“Sehubungan itu pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika melalui jalan tersebut manakala difahamkan pihak berkaitan telah mengambil langkah memasang papan tanda amaran dan membaikinya,” katanya.

Sumber- Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS