Keratan Akhbar

30 JAM BERKAS 20 PENAGIH

30 JAM BERKAS 20 PENAGIH

Kuala Pilah- Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Pilah mengambil masa hampir 30 jam bagi memberkas 20 individu termasuk seorang ibu tunggal anak tiga kerana disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dalam Ops Sarang, Isnin lalu.

Serbuan bermula jam 7 malam di Kampung Jeram Tengkek itu turut memberkas dua tokan dadah paling dikehendaki di lokasi berasingan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, serbuan kali kedua tahun ini disertai 17 anggota diketuai Asisten Superintendan Abd Muttalib Ali.

"Hasil operasi terancang kami memberkas penagih berusia 32 hingga 61 tahun dan semua mereka pengganggur.

"Dua tokan berusia 32 dan 40 tahun yang aktif di Kuala Pilah yang memiliki 13 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah turut di berkas.

Bacaan lanjut mengenai isu ini adalah seperti artikel yang diterbitkan Harian Metro berikut:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS