Keratan Akhbar

BAWA PISAU BOLEH KENA PENJARA? JOM BACA PENJELASAN DI BAWAH

Ramai menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu bagi tujuan keselamatan adalah perkara biasa, tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara.

Lebih menyedihkan lagi, masih ramai yang tidak memahami perkara itu dan menyifatkan pihak polis dan pihak pendakwaan bertindak sewenang-wenangnya menahan seseorang individu yang memiliki pisau atau senjata lain dan mendakwanya di mahkamah.

Jom dengan lebih lanjut mengapa individu yang memiliki, membawa atau menyimpan senjata walaupun hanya sebilah pisau kecil tanpa sebab sah dan alasan munasabah termasuk alasan untuk melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat, jika didapati bersalah.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS