Keratan Akhbar

WAR AGAINST DRUGS: LAGI PENAGIH DADAH DITAHAN, KALI INI MELIBATKAN DUA PELAJAR SEKOLAH

Dua pelajar antara 10 penagih dadah yang ditahan polis dalam tiga serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), di Pulau Pinang, semalam.

Serbuan pertama melibatkan penahanan seoarang penagih berusia 44 tahun di sebuah rumah dekat Bukit Teh manakala serbuan kedua pula melibatkan penahanan enam lelaki masing-masing berusia 27 sehingga 39 tahun dan polis juga berjaya merampas dadah jenis Heroin dari mereka.

Manakala serbuan terkakhir yang dibuat di sebuah apartment, pihak polis telah menahan tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah masing-masing di tingkatan tiga dan empat yang sedang khayal menghisap dadah.

Dua remaja berusia 15 dan 16 tahun itu mengaku menghisap dadah sejak awal tahun ini dan pemeriksaan air kencing, tiga daripada mereka termasuk lelaki berusia 30 tahun itu positif dadah jenis Syabu.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Sinar Harian di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS