Keratan Akhbar

CUCU CURI JUAL BARANG MILIK NENEK KETIKA BERCUTI


Seorang lelaki yang tergamak mencuri motosikal dan pelbagai barangan dapur milik neneknya dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Tertuduh, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 380 KK kerana mencuri dalam bangunan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa mencuri sebuah motosikal di sebuah rumah di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Seberang Takir, Kuala Nerus, kira kira jam 8.30 malam 6 Disember lalu. Tertuduh turut didakwa mencuri tiga kampit beras, tiga kampit besar gula, dua periuk nasi elektrik, 20 peket minyak masak dan tiga tong gas di lokasi, masa dan tarikh sama.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS