Keratan Akhbar

POLIS BERBASIKAL RONDA CEGAH JENAYAH: MASYARAKAT PUJI, NAMPAK COMEL TAPI TEGAS

Masyarakat hari ini menyambut baik usaha sepasukan polis dari Unit Pelancong, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menaiki basikal elektrik menyelusuri setiap jalan utama di negeri itu dalam usaha membantu pelancong asing yang hadir ke negeri tersebut disamping membuat rondaan cegah jenayah.

Malah, ada di antara reaksi masyarakat yang menarik perhatian kami adalah mereka mengatakan Polis Pelancong nampak comel berbasikal, tetapi tegas ketika melaksanakan tugasnya!

Masyarakat juga menyifatkan usaha ini telah menyebabkan mereka merasa lebih selamat dan yakin dengan usaha pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang gejala jenayah yang boleh berlaku tanpa diduga.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Sinar Harian di bawah.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS