Keratan Akhbar

19 GADIS URUT VIETNAM, THAILAND, KEMBOJA DIBERKAS DALAM OPS NODA


GOMBAK - Polis berjaya menahan seramai 19 wanita warga asing dan tiga lelaki tempatan dalam serbuan di tiga buah pusat urut sekitar kawasan Prima Sri Gombak, Batu Caves di sini semalam.

Serbuan serentak kira-kira pukul 1.15 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada 12 warga Vietnam, empat warga Thailand dan tiga warga Kemboja.

"Kesemua wanita yang ditahan itu dipercayai bekerja sebagai tukang urut manakala tiga lelaki tempatan yang ditahan itu disyaki menjaga premis berkenaan.

Sumber- Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS